Sunday, March 6, 2011

Ceria Seperti Semalam

Sesekali kena gak dengar lagu hepy macam nih. Rasa macam kembali kat zaman sekoLah dulu. Lagu nih lah yang selalu menjadi nyayian budak Asrama (bagi lelaki je kot). Okey, jangan-Lah malu-malu untuk click icon Play tu ye. Silakan Tonton. =)

Friday, February 18, 2011

Insha Allah, Ada Jalannya.

Setiap apa yang kita lakukan, hendaklah ikhlas, jujur serta memohon redha Allah s.w.t. Kita juga hendaklah mempunyai rasa yakin pada takdir Allah s.w.t sekiranya apa kita lakukan tidak mendapat hasil selepasnya. Kita hanya merancang, Allah yang tentukannya. Sama-samalah kita memohon doa selalu agar diampunkan dosa, dijauhkan segala perkara buruk, ditingkatkan iman dan dijauhi azab api Neraka. Amin. Insha Allah.

 Sebuah lagu Maher Zain yang sedikit sebanyak memberi pengajaran kepadaku. Sama-sama kita hayati lirik dan lagu ini. Insha Allah.





Maher Zain – Insha Allah
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan
Tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya
Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya
Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya
Kembalilah kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah Doa
Oh Ya Allah..
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku
Ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar….
Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya
Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya
Insha Allah.. Insha Allah…..

Friday, December 17, 2010

Sepintas Lalu

Tunggu Dan Lihat Sahaja.

Hanya Masa yang akan Menentukan. I will come back.......

Monday, November 15, 2010

Sesuatu: Lagu untuk Sahabat

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan

Kau Meninggalkanku tanpa perasaan
Hinggaku jatuhkan air mata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

~Bilakah Kesudahannya~

Sunday, November 14, 2010

Hari Terakhir: Seronok+Duka

Kawan-kawan suma dah kemas barang kat umah sewa tu.
 Aku je yang belum lagi. Apa tak nya. Sibuk dok cari job je. 
Biasalah. Orang dah habis belajar la katakan. 
Tapi walaubagaimana pun, hati ni tetap sedih sebab dah tak dapat nak 
bangun pagi-pagi untuk pergi kelas. huhu.

Hari-hari terakhir ni juga budak-budak kelas aku dah plan nak buat event. 
Tapi, macam biasalah. Event yang dah selalu orang buat. KARAOKE.
 Memang aku dah lama nak pergi. Tapi.. kalo setakat karaoke takpa. 
Ni nak pergi merewang kat tempat lain memang aku tak suka. 
Memang aku tak pergi la kan. Dengan itu, aku pergi je la ngan member aku 
sorang ni online kat kedai mamak. 
Lagi tenang. So tak dapat la nk join mereka.

Lepas budak kelas aku dah buat event bagai, bermulah sesi kemas-mengemas rumah. Seronok aku tengok diorang nak balik. Mak ngan ayah diorang siap datang angkut barang. Cemburu pulak aku. Nampaklah kosong semula rumah sewa kami. Tapi cuma bilik aku je yang tak kemas lagi. huhu.

Dalam keseronokan mereka untuk pulang ke rumah masing-masing, aku pulak yang berduka sorang-sorang. Tak dapat nak digambarkan perasaan tu. Tak kusangka perkara macam tu akan berlaku kat aku. Walaupun orang selalu kata "lupakan", tapi kalau korang kat tempat aku, korang tau la macam mana azabnya.



Sesuatu yang aku tidak jangkakan. 
Sesuatu yang memeranjatkan aku. Sesuatu yang aku tidak dapat terima.. 
Inilah nasibku. 
Selalu tidak kesampaian. Sering kelambatan. 
Jika difikirkan semula, ini semua takdir Allah s.w.t. Segalanya ditentukan oleh-Nya.
 Jangan menafikannya.Tak elok. 
Sungguh besar ujian ini. Sampai tak dapat aku nak menanggungnya. 
Jika benar ini takdirnya. Aku redha. 
Dan sekiranya ada ruang lagi bagi aku....

Aku akan menunggu "ruang" itu sehingga ia "terbuka"
Maafkan aku. Maafkan sikapku. Maafkan kesilapanku.
Maafkan kata-kataku.


~Terus Menunggu~

Wednesday, November 3, 2010

Jantungku Bedetak-Detak

Dub..dab..dub..dab..dub..dab..macam bunyi jantung berdetak. Tak tahu lah kenapa. Bukan selalu dapat perasaan macam nih. Tapi jangan salah tafsir pula. Ini bukan perasaan jiwa berkasih dan juga bukan situasi ngah nak presentation kat depan kelas. Mungkin ia datang secara tiba-tiba sampai aku pun tak sedar. Benda ni bukan boleh nampak dengan mata kasar. Sehinggakan orang yang ada 4 mata pun tak boleh nak detect. 

Perasaan yang aku maksudkan nih ialah debaran nak masuk ke...
Dewan peperiksaan. Haa!!.. Takut tak??. Mesti setiap insan akan lalui saat-saat begini. Waktu camnih lah terlihat sahabat handai bersungguh-sungguh study tak kira waktu dan hari. Barulah nak gelabah cari soalan final yang lepas-lepas terutama sekali kat Library PSA. Sebab kat situ je yang boleh kitorang dapatkan Soalan Final Exam untuk semua subjek. Tapi kalau malas sangat nak pergi Library, fotokopi je dengan member-member.


*Gambar ni lagi.. huhu


Macam biasalah, musim peperiksaan nih ramailah member-member yang datang melepak kat rumah sewa aku. Nak study katanya. Kalau tak, haram nak datang rumah sewa aku. Huhu. Bersengkang matalah kami dek menelaah buku, nota, rumus dan lain-lain lagi. Memang study sampai lebamlah jawabnya. Pasal, Semester nih paper memang straight. Isnin sampi Khamis. Pukul 8.30 pagi. Pagi Exam, malam study.. Fuhh~ Untunglah macam nih. haha. 

Itulah rutin harian kitorang buat masa nih. Lagipun dah nak semester akhir. Kena spend masa sikit dengan pelajaran. Tapi jangan lupa dengan ibadah pula. Sangat penting. Walaupun belajar bagai nak rak, tapi solat tinggal, berdoa takda. Memang rugi macam buih-buih dilautan jelah. Hebat macam mana pun belajar, takda gunanya kalau kita tak "sajikan" jiwa kita dengan ibadah.. Apa-apa pun, beringat-ingatlah ye. 

Masih ada berbaki 2 paper exam lagi. So, berusahalah wahai Muhamad. Jangan berlengah lagi. Mari kita menuju ke Medan Perang.
Was-Salam.~







Saturday, October 30, 2010

Ignore or Forget it

Pada suatu hari yang cerah, Aku bercakap dalam hati:

"Lupakan, lupakan, lupakan, lupakan.
Selain tu, apa yang kene buat?
lupakan, lupakan, lupakan, lupakan.
tapi susah pulak nak lupakan.
lupakan, lupakan, lupakan, lupakan.
agaknya takda sapa yang kesah kan."

"Rasa menyesal pun ada. Rasa marah pon ada.
Tapi takda sapa yang kesah.
Lupakan, lupakan, lupakan.
Aishhh!! Susahnya."

"Mungkin ada betul kata Daus. Kalau kita Fikir masalah dunia nih,
memang lingkup kita. Banyak yang kena belajar lagi.
Bukan main agak-agak jer."

"Ada orang suka cara kita, ada setengah tak.
So, kena lah fikir betul-betul. Jangan nak harap orang je faham kita.
Orang kat luar sana takdanya nak fikirkan diri kita.
Sendiri mau ingat lah."
"Dan satu lagi...Lu Fikirlah Sendiri beb!!"

*Lepas  ak bercakap dalam hati, aku pun sambung  study Sistem Komunikasi..