Friday, December 17, 2010

Sepintas Lalu

Tunggu Dan Lihat Sahaja.

Hanya Masa yang akan Menentukan. I will come back.......

Monday, November 15, 2010

Sesuatu: Lagu untuk Sahabat

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan

Kau Meninggalkanku tanpa perasaan
Hinggaku jatuhkan air mata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

~Bilakah Kesudahannya~

Sunday, November 14, 2010

Hari Terakhir: Seronok+Duka

Kawan-kawan suma dah kemas barang kat umah sewa tu.
 Aku je yang belum lagi. Apa tak nya. Sibuk dok cari job je. 
Biasalah. Orang dah habis belajar la katakan. 
Tapi walaubagaimana pun, hati ni tetap sedih sebab dah tak dapat nak 
bangun pagi-pagi untuk pergi kelas. huhu.

Hari-hari terakhir ni juga budak-budak kelas aku dah plan nak buat event. 
Tapi, macam biasalah. Event yang dah selalu orang buat. KARAOKE.
 Memang aku dah lama nak pergi. Tapi.. kalo setakat karaoke takpa. 
Ni nak pergi merewang kat tempat lain memang aku tak suka. 
Memang aku tak pergi la kan. Dengan itu, aku pergi je la ngan member aku 
sorang ni online kat kedai mamak. 
Lagi tenang. So tak dapat la nk join mereka.

Lepas budak kelas aku dah buat event bagai, bermulah sesi kemas-mengemas rumah. Seronok aku tengok diorang nak balik. Mak ngan ayah diorang siap datang angkut barang. Cemburu pulak aku. Nampaklah kosong semula rumah sewa kami. Tapi cuma bilik aku je yang tak kemas lagi. huhu.

Dalam keseronokan mereka untuk pulang ke rumah masing-masing, aku pulak yang berduka sorang-sorang. Tak dapat nak digambarkan perasaan tu. Tak kusangka perkara macam tu akan berlaku kat aku. Walaupun orang selalu kata "lupakan", tapi kalau korang kat tempat aku, korang tau la macam mana azabnya.



Sesuatu yang aku tidak jangkakan. 
Sesuatu yang memeranjatkan aku. Sesuatu yang aku tidak dapat terima.. 
Inilah nasibku. 
Selalu tidak kesampaian. Sering kelambatan. 
Jika difikirkan semula, ini semua takdir Allah s.w.t. Segalanya ditentukan oleh-Nya.
 Jangan menafikannya.Tak elok. 
Sungguh besar ujian ini. Sampai tak dapat aku nak menanggungnya. 
Jika benar ini takdirnya. Aku redha. 
Dan sekiranya ada ruang lagi bagi aku....

Aku akan menunggu "ruang" itu sehingga ia "terbuka"
Maafkan aku. Maafkan sikapku. Maafkan kesilapanku.
Maafkan kata-kataku.


~Terus Menunggu~

Wednesday, November 3, 2010

Jantungku Bedetak-Detak

Dub..dab..dub..dab..dub..dab..macam bunyi jantung berdetak. Tak tahu lah kenapa. Bukan selalu dapat perasaan macam nih. Tapi jangan salah tafsir pula. Ini bukan perasaan jiwa berkasih dan juga bukan situasi ngah nak presentation kat depan kelas. Mungkin ia datang secara tiba-tiba sampai aku pun tak sedar. Benda ni bukan boleh nampak dengan mata kasar. Sehinggakan orang yang ada 4 mata pun tak boleh nak detect. 

Perasaan yang aku maksudkan nih ialah debaran nak masuk ke...
Dewan peperiksaan. Haa!!.. Takut tak??. Mesti setiap insan akan lalui saat-saat begini. Waktu camnih lah terlihat sahabat handai bersungguh-sungguh study tak kira waktu dan hari. Barulah nak gelabah cari soalan final yang lepas-lepas terutama sekali kat Library PSA. Sebab kat situ je yang boleh kitorang dapatkan Soalan Final Exam untuk semua subjek. Tapi kalau malas sangat nak pergi Library, fotokopi je dengan member-member.


*Gambar ni lagi.. huhu


Macam biasalah, musim peperiksaan nih ramailah member-member yang datang melepak kat rumah sewa aku. Nak study katanya. Kalau tak, haram nak datang rumah sewa aku. Huhu. Bersengkang matalah kami dek menelaah buku, nota, rumus dan lain-lain lagi. Memang study sampai lebamlah jawabnya. Pasal, Semester nih paper memang straight. Isnin sampi Khamis. Pukul 8.30 pagi. Pagi Exam, malam study.. Fuhh~ Untunglah macam nih. haha. 

Itulah rutin harian kitorang buat masa nih. Lagipun dah nak semester akhir. Kena spend masa sikit dengan pelajaran. Tapi jangan lupa dengan ibadah pula. Sangat penting. Walaupun belajar bagai nak rak, tapi solat tinggal, berdoa takda. Memang rugi macam buih-buih dilautan jelah. Hebat macam mana pun belajar, takda gunanya kalau kita tak "sajikan" jiwa kita dengan ibadah.. Apa-apa pun, beringat-ingatlah ye. 

Masih ada berbaki 2 paper exam lagi. So, berusahalah wahai Muhamad. Jangan berlengah lagi. Mari kita menuju ke Medan Perang.
Was-Salam.~







Saturday, October 30, 2010

Ignore or Forget it

Pada suatu hari yang cerah, Aku bercakap dalam hati:

"Lupakan, lupakan, lupakan, lupakan.
Selain tu, apa yang kene buat?
lupakan, lupakan, lupakan, lupakan.
tapi susah pulak nak lupakan.
lupakan, lupakan, lupakan, lupakan.
agaknya takda sapa yang kesah kan."

"Rasa menyesal pun ada. Rasa marah pon ada.
Tapi takda sapa yang kesah.
Lupakan, lupakan, lupakan.
Aishhh!! Susahnya."

"Mungkin ada betul kata Daus. Kalau kita Fikir masalah dunia nih,
memang lingkup kita. Banyak yang kena belajar lagi.
Bukan main agak-agak jer."

"Ada orang suka cara kita, ada setengah tak.
So, kena lah fikir betul-betul. Jangan nak harap orang je faham kita.
Orang kat luar sana takdanya nak fikirkan diri kita.
Sendiri mau ingat lah."
"Dan satu lagi...Lu Fikirlah Sendiri beb!!"

*Lepas  ak bercakap dalam hati, aku pun sambung  study Sistem Komunikasi..

Wednesday, October 27, 2010

^: Lagu untuk mood Study :^

"Dia.. Isabella lambang cinta yang telah lara.." Itulah sedikit petikan lirik dari lagu Isabella nyayian ST12.


Tak tahu lah kenapa, bila dengar lagu ni je lain semacam je hati aku nih.
Telinga pun begitu jugak. Rasa nak dengar berulang ulang kali.
Mungkin sebab lagu nih best kot pasal diberi nafas baru dari segi instrumennya.

Rasa macam dah "bercinta" pulak. ( luah perasaan nampak). Lambat lagi tu. Tak nak pikir. haha. So, Dah dengar lagu ni, Practice la. apa lagi.. Cari lirik dan kord gitarnya.

*Main Gitar Sambil makan Lolipop
Nasib la lagu nih guna kord basic je. Taklah payah nak mencari kord nya. Tapi, apa guna internet yang ada kat rumah sewa. hihi.


Oleh itu, cari je kat internet kord nya. apa susah. Dan hasilnya, dapat lah aku mainkan lagu nih tanpa sangkut-sankut.
Dengan ini, aku berbaik hati utk share lirik lagu Isabella nih. Kita nyayi sama-sama ye. Terimalah..~



Lagu: Isabella  
Nyayian: ST 12

I
sabella adalah kisah cinta dua dunia
mengapa kita berjumpa
namun akhirnya terpisah
oooh... oooow ow ow ow

terbayang lambaiannya salju terbakar kehangatan
dunia dipenuhi warna berseri bunga cinta
kita yang terlena hingga musim berubah
mentari menyepi menyalakan api cinta

Chorus:
dia isabella lambang cinta yang telah lara
terpisah karena adat yang berbeda
cinta gugur bersama daun-daun kekeringan

haluan hidupku terpisah dengan isabella
terbayang lambaiannya saatku terbakar kehangatan
semoga dibukakan pintu hatimu untukku
akan terbentang jalan andainya engkau setia wooo...

repeat chorus 2x

Tuesday, October 26, 2010

^: Keraguan dalam Harapan :^

 Knapa perlu ragu-ragu? knpe perlu sangsi??
Bnyak persoalan yg tk dpt dirungkaikan dlm diri ni..
Mungkin sudah tkdir atau ketentuan-Nya..

Jgn trlalu brharap utk sesuatu yg tk pasti..
Kerana mungkin kelak akn mmbawa suatu prmasalahan pd diri sndiri..
Suatu pengharapan mngkin tidak boleh dilupuskan dlm benak sanubari..
Kerana sudah mnjadi lumrah kehidupan..



walau begitu, percubaan harus dilakukan..
tidak kiralah payah mcm mana sekalipun,
aku tetap akan mencuba utk pengaharapan trsebut,
walaupun hasilnya tlh dijangkaan akn mnggelapkan jiwa ini.

~Terus Menunggu~



Thursday, October 21, 2010

^: FinaL SemesTeR and Exam :^

kepada semua pelajar poli yang akan menduduki peperiksaan, 
semoga study dengan sungguh2x ye.
bukan ape, dah nak abes sem nih. Tkkn nak main2x lagi.
korang nak ulang sem. lagi ke? (awat marah nih).

diri ak pon nk dipersiapkan jugak nih. Ak pon tk nak lah mengulang sem depan. Takoot!!
dah lah brsusah payah nk skor subjek sem nih.. 


Minggu depan (25/10/2010) minggu study week. So, persiapkan diri anda
dengan nota, soklan past year, minda yg kuat, tubuh yg rajin dan diingatkan juga..
Jgn buat "toyol" sudeyy.. Huhu.

Dengan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya utk Final Exam anda nanti ye.
Jangan lupa mintak restu ayah dan ibu.
mintak maaf kat mereka. Minta mrk doakan kita berjaya dlm Exm nnti.
~AMIN~

write by : Martt Muhamad

Friday, September 10, 2010

FIRST TIME~

Ak bru je nk try bwt blog nih..
just nk tahu pngalaman tulis blog..

Permulaan ni..ak malas nk letak mcm-mcm..cuma sekadar "taruk air" je..haha

apa-apa pown...ak akan update bile idea ak smpi..~piece of cake~