Sunday, November 14, 2010

Hari Terakhir: Seronok+Duka

Kawan-kawan suma dah kemas barang kat umah sewa tu.
 Aku je yang belum lagi. Apa tak nya. Sibuk dok cari job je. 
Biasalah. Orang dah habis belajar la katakan. 
Tapi walaubagaimana pun, hati ni tetap sedih sebab dah tak dapat nak 
bangun pagi-pagi untuk pergi kelas. huhu.

Hari-hari terakhir ni juga budak-budak kelas aku dah plan nak buat event. 
Tapi, macam biasalah. Event yang dah selalu orang buat. KARAOKE.
 Memang aku dah lama nak pergi. Tapi.. kalo setakat karaoke takpa. 
Ni nak pergi merewang kat tempat lain memang aku tak suka. 
Memang aku tak pergi la kan. Dengan itu, aku pergi je la ngan member aku 
sorang ni online kat kedai mamak. 
Lagi tenang. So tak dapat la nk join mereka.

Lepas budak kelas aku dah buat event bagai, bermulah sesi kemas-mengemas rumah. Seronok aku tengok diorang nak balik. Mak ngan ayah diorang siap datang angkut barang. Cemburu pulak aku. Nampaklah kosong semula rumah sewa kami. Tapi cuma bilik aku je yang tak kemas lagi. huhu.

Dalam keseronokan mereka untuk pulang ke rumah masing-masing, aku pulak yang berduka sorang-sorang. Tak dapat nak digambarkan perasaan tu. Tak kusangka perkara macam tu akan berlaku kat aku. Walaupun orang selalu kata "lupakan", tapi kalau korang kat tempat aku, korang tau la macam mana azabnya.



Sesuatu yang aku tidak jangkakan. 
Sesuatu yang memeranjatkan aku. Sesuatu yang aku tidak dapat terima.. 
Inilah nasibku. 
Selalu tidak kesampaian. Sering kelambatan. 
Jika difikirkan semula, ini semua takdir Allah s.w.t. Segalanya ditentukan oleh-Nya.
 Jangan menafikannya.Tak elok. 
Sungguh besar ujian ini. Sampai tak dapat aku nak menanggungnya. 
Jika benar ini takdirnya. Aku redha. 
Dan sekiranya ada ruang lagi bagi aku....

Aku akan menunggu "ruang" itu sehingga ia "terbuka"
Maafkan aku. Maafkan sikapku. Maafkan kesilapanku.
Maafkan kata-kataku.


~Terus Menunggu~

No comments:

Post a Comment