Wednesday, November 3, 2010

Jantungku Bedetak-Detak

Dub..dab..dub..dab..dub..dab..macam bunyi jantung berdetak. Tak tahu lah kenapa. Bukan selalu dapat perasaan macam nih. Tapi jangan salah tafsir pula. Ini bukan perasaan jiwa berkasih dan juga bukan situasi ngah nak presentation kat depan kelas. Mungkin ia datang secara tiba-tiba sampai aku pun tak sedar. Benda ni bukan boleh nampak dengan mata kasar. Sehinggakan orang yang ada 4 mata pun tak boleh nak detect. 

Perasaan yang aku maksudkan nih ialah debaran nak masuk ke...
Dewan peperiksaan. Haa!!.. Takut tak??. Mesti setiap insan akan lalui saat-saat begini. Waktu camnih lah terlihat sahabat handai bersungguh-sungguh study tak kira waktu dan hari. Barulah nak gelabah cari soalan final yang lepas-lepas terutama sekali kat Library PSA. Sebab kat situ je yang boleh kitorang dapatkan Soalan Final Exam untuk semua subjek. Tapi kalau malas sangat nak pergi Library, fotokopi je dengan member-member.


*Gambar ni lagi.. huhu


Macam biasalah, musim peperiksaan nih ramailah member-member yang datang melepak kat rumah sewa aku. Nak study katanya. Kalau tak, haram nak datang rumah sewa aku. Huhu. Bersengkang matalah kami dek menelaah buku, nota, rumus dan lain-lain lagi. Memang study sampai lebamlah jawabnya. Pasal, Semester nih paper memang straight. Isnin sampi Khamis. Pukul 8.30 pagi. Pagi Exam, malam study.. Fuhh~ Untunglah macam nih. haha. 

Itulah rutin harian kitorang buat masa nih. Lagipun dah nak semester akhir. Kena spend masa sikit dengan pelajaran. Tapi jangan lupa dengan ibadah pula. Sangat penting. Walaupun belajar bagai nak rak, tapi solat tinggal, berdoa takda. Memang rugi macam buih-buih dilautan jelah. Hebat macam mana pun belajar, takda gunanya kalau kita tak "sajikan" jiwa kita dengan ibadah.. Apa-apa pun, beringat-ingatlah ye. 

Masih ada berbaki 2 paper exam lagi. So, berusahalah wahai Muhamad. Jangan berlengah lagi. Mari kita menuju ke Medan Perang.
Was-Salam.~







2 comments:

  1. ahah. blog makin smart. nice entry :)
    yeah, stdy 4 final. msti pnat kn?

    ReplyDelete
  2. trima kasih jenguk blog nih.
    huhu. mcm2 jenis penat dpt.
    Syukur Alhamdulillah. Abes jgak Exam.

    ReplyDelete